. Belajar untuk mengajar , Mengajar Sambil Belajar: Cantiknya seorang wanita

SALAM SEJAHTERA UNTUK KITA SEMUA

"ASSALAMUALAIKUM Wr. Wb. 'TRIMA KASIH TELAH MENGUNJUNGI BLOG SAYA,, MAAF KALAU ADA KATA - KATA YANG SALAH , MOHON DI MAK'LUMI, "SALAM SEJAHTERA BAGI KITA SEMUA"

Sabtu, 09 Juni 2012

Cantiknya seorang wanita




Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS Bukan kerana merah kilauan lipstik Pada bibir 
memekar senyuman kosmetik Tetapi pada keperibadian terpelihara Kelembutan kesopanan 
menghiasi jiwa.... Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA Tidak pada kulitnya mulus 
menggebu terdedah Untuk menggoda pandangan nafsu mata Tetapi pada kehidupan terjaga Dari 
menjdai mangsa tohmahan dunia.... Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA Tidak kerana 
bijak meruntun iman kaum Adam Sehingga turunkan insan ke dunia Tetapi menjdi pembakar 
semangat perwira Menjadi tunjang perjuangan syuhada.... Cantiknya seorang wanita itu sebagai 
ANAK Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan Mengalir mutiara di kelopak mata Tetapi
menjadi penyelamat ibu bapa Pada hari kebangkitan bermula.... Cantiknya seorang wanita itu 
sebagai ISTERI Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga Tetapi sentiasa bersama 
Menempuh badai disisi suami tercinta.... Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU 
Bukan kerana kemewahan dimata Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar ramai Menjadi 
penghibur hati permata kehidupan... Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU Bukan terletak 
pada kebangkitan anak Dalam setiap pertelingkahan Tetapi dibawah lembayung kejayaan 
Membuai anak dikala suami menjalin impian.... Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA 
Tidak karana berjaya meruntuh istana Tetapi jalinan kasih sayang Tulus hati mengagih kasih 
setara pada semua.... Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK Bukan memberi harta dunia 
Sehingga generasi lupa Tetapi menjadi pada pendita Menjaring teladan para anbia pada anak 
bangsa.... Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA Bukan kerana menyandang 
puncak dunia Tetapi bijak menangkis rintangan Peka membela nasib dan maruah negara Menjadi 
tulang belakang keteguhan semua.... Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA Bukan 
kerana jernihnya mutiara Mengalir deras di kelopak mata Tetapi senantiasa mengumpul cahaya 
Menghitung hari dengan selembar nasihat.... Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS 
Bukan kerana menjadi sebutan Sehingga menjulang keegoaan Tetapi dalam mencari ilmuan 
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis.... Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH 
Bukan kerana keindahan paras rupa Sehingga menjadi ingauan mata Tetapi berpegang Akidah 
Solehah Disebalik tirai jiwa Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah Mengharap 
keredhaan Sang Pencipta.




Karya : Enenk sri
Created : Co2

Tidak ada komentar:

Posting Komentar